Pages

Sunday, October 16, 2011

Remaja Buat Maksiat Popular Di Pantai Cahaya Bulan

Rahsia Mek Mas terbongkar Segelintir remaja berasmara di sebalik rimbunan pokok ru di Pantai Cahaya Bulan 

KOTA BHARU: Rimbunan pokok ru yang ditanam Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelak tsunami dan hakisan di Kampung Pantai Mek Mas, dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, kini disalah guna remaja sebagai kawasan mereka melakukan maksiat. Kawasan tanaman ru itu yang mempunyai daun rendang dengan ketinggian antara 15 hingga 20 kaki dikatakan sebagai kawasan selesa dan tersembunyi daripada pandangan orang awam untuk remaja melakukan maksiat. Tinjauan Berita Harian ke Kampung Mek Mas, mendapati pokok ru di kawasan seluas lebih lima hektar itu rendang dengan daunnya yang lebat mencecah tanah, menjadikan kawasan itu tersembunyi walaupun ia berhampiran pantai. Keadaan itu bagaikan tempat menyeronokkan kepada remaja melempias nafsu atau mengambil dadah. Tinjauan bersama beberapa penduduk kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKP) menemui botol minuman, mancis, kondom dan tikar buruk, dipercayai digunakan remaja untuk melakukan kegiatan tidak sihat itu. JKKP Pulau Kundor, Mad Rifin Mamat, 59, berkata beliau sering terserempak pasangan remaja keluar masuk dari rimbunan pokok ru itu. JKKP Mukim Che Latif, Razali Dollah, 47, berkata beliau kesal dengan segelintir remaja yang dipercayai dari luar kampung datang melakukan maksiat pada hujung minggu. JKKP Kampung Tikat, Enchek Mohd Zakri Che Omar, 40, berkata dia pernah terserempak pasangan remaja keluar dari rimbunan ru ketika beliau bersama belia mukimnya bersukan. Penduduk Kampung Mek Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Roslee Maidin, 40, berharap JHEAIK memantau kawasan itu kerana ru itu ditanam untuk mengelak tsunami, namun ia disalahgunakan remaja tidak bermoral. Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Perhutanan Kelantan, Azmer Mohamad, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian itu dan meminta kerjasama JKKP Mukim Pantai Mek Mas supaya memantaunya sebelum membuat laporan kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Katanya, Pejabat Perhutanan Kelantan membelanjakan lebih RM300,000 bagi menanam pokok rhu di kawasan seluas 21.2 hektar termasuk Pantai Mek Mas, Pulau Kundor, Kota Bharu dan Bachok sejak 2005. "Tujuan kami ialah untuk menghalang hakisan pantai selain bagi mengelak berlakunya ombak besar tsunami kerana rhu adalah sejenis pokok yang kuat dan boleh menghalang kejadian ombak besar," katanya di sini, semalam. Azmer berkata, pokok bakau juga di kawasan 87.42 hektar dengan peruntukan RM700,000 iaitu di Pulau Kundor, dekat PCB dan Pantai Geting, Tumpat bagi tujuan sama kerana negeri ini sering terdedah kepada ombak besar dan hakisan.

No comments:

Post a Comment