Pages

Sunday, October 16, 2011

6 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Abang Ipar

6 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Abang Ipar Seorang gadis dipercayai telah menjadi bahan pemuas nafsu serakah abang iparnya sendiri sejak dia berusia 19 tahun lagi. Mangsa yang kini berusia 25 tahun diugut dan akan didera sekiranya dia melaporkan perkara tersebut kepada keluarganya terutama kepada pihak polis. Kakak kandung mangsa sendiri juga mengetahui adiknya sendiri menjadi mangsa pemuas nafsu suaminya tetapi masih lagi menyembunyikan kegiatan jahat suaminya bagi melindungi keselamatan suaminya itu. Mangsa kini telah mengandung seorang bayi perempuan yang kini berusia dua tahun. Mangsa dikatakan tidak takan derita yang ditanggungnya apabila kerap menajdi pemuas nafsu abang iparnya lalu membuat laporan di Balai Polis Gemencheh pada jumaat lepas. Sebelum membuat laporan tersebut, mangsa memberitahu bahawa abang iparnya telah menghantar SMS yang memintanya pulang semula ke rumah di Gemencheh. Namun, tindakannya yang tidak mahu pulang ke rumah telah menimbulkan kemarahan abang iparnya dan mencarinya sehingga di tempat kerja. “Namun, belum sempat sampai di tempat kerja mangsa, suspek bertemu mangsa berhampiran stesen minyak di Pekan Gemencheh, sebelum mengheretnya menaiki motosikal dan memukul kepala mangsa dengan tangan. “Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kebun getah berhampiran Taman Bunga Raya menghala ke Kampung Seri Ashan, dekat sini, lalu merogolnya. Mangsa yang tidak tahan dengan kelakuan abang iparnya itu kemudian membuat laporan polis,” katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu. Polis telah menahan seorang lelaki yang berusia 38 tahun yang bertugas di kem tentera dekat Gemas dipercayai suspek dalam kes tersebut. Suspek boleh dikenakan penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

No comments:

Post a Comment