Pages

Thursday, August 11, 2011

Lelaki Liwat Pelajar Lelaki 13 Tahun

KUALA TERENGGANU 11 Ogos – Polis menahan seorang lelaki di sebuah tempat di Batu Rakit di sini, awal pagi ini bagi membantu siasatan kes meliwat seorang pelajar lelaki. Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang baru berumur 13 tahun antara bulan Mac hingga Jun tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar tersebut bagaimanapun hanya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Rakit semalam. Menurutnya, dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah diliwat sebanyak tiga kali oleh suspek di sebuah kuarters. “Selepas laporan itu diterima, polis menahan lelaki itu kira-kira pukul 4 pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini. Manoharan berkata, lelaki itu sudah berkahwin namun isterinya tinggal dan bekerja di Kelantan.