Pages

Monday, May 8, 2006

Remaja Meliwat Biri-Biri Lari Berbogel

Remaja liwat biri-biri terbongkar

KOTA BHARU: Bunyi seekor biri-biri betina mengembek kesakitan dalam sebuah kandang, membongkar perbuatan seorang remaja yang disyaki meliwat haiwan itu, dekat Bachok, di sini, petang kelmarin.

Kejadian di Kampung Pengkalan Chenggal, dekat Tawang itu disedari suri rumah berusia 36 tahun yang mencurigai bunyi kuat biri-birinya yang mengembek kira-kira jam 7.30 malam, sebelum memeriksa kandang haiwan itu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nazely Md Said, berkata suri rumah itu terus memeriksa kandang kambing yang terletak kira-kira 80 meter dari rumahnya dan terkejut apabila seorang remaja terbaring dalam keadaan bogel di sisi seekor biri-biri betina.

Wanita terbabit menjerit menyebabkan remaja lelaki itu terus melarikan diri dalam keadaan berbogel, katanya di sini, semalam.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis mengenal pasti seorang remaja yang tidak bersekolah dan tinggal di kampung berkenaan disyaki terbabit.

Katanya, sebelum ini, remaja itu pernah ditahan polis kerana kesalahan menagih gam.