Pages

Saturday, July 30, 2011

Budak Tahfiz Kena Liwat

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.

“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

Monday, July 11, 2011

Remaja 15 tahun Liwat Sepupu - Pengaruh VCD Lucah

Terpengaruh VCD Lucah, Remaja 15 tahun Liwat Sepupu

KENINGAU: Polis menangkap seorang remaja lelaki tempatan berusia 15 tahun disyaki meliwat sepupu perempuannya di sebuah kampung di Apin-Apin di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zahari Mohamed berkata polis menerima laporan dari seorang surirumah berusia 26 tahun pada Rabu jam 4 petang yang menyatakan anak perempuannya yang berusia tiga tahun enam bulan telah diliwat.

Katanya, ibu mangsa pada 11 Julai kira-kira jam 6 petang anak perempuannya (mangsa) mengadu sakit di duburnya ketika sedang dimandikan dan mendapati ada kesan bengkak dan kemerahan.

“Mangsa telah menceritakan kepada ibunya bahawa sepupu lelakinya berusia 15 tahun itu telah memasukkan kemaluannya dalam dubur mangsa ketika berduan di rumah suspek,” katanya.

Zahari berkata, suspek yang tidak bersekolah telah ditangkap selepas menerima laporan dari ibu mangsa.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka lecetan baru pada dubur mangsa.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek mengaku meliwat mangsa pada 11 Julai antara jam 4 dan 4.30 petang kerana terpengaruh dengan VCD lucah.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.

Friday, July 1, 2011

Budak Tingkatan 1 Liwat Budak Tadika

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan satu ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pondok kosong di belakang rumah suspek di Kampung Bakong, Jejawi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Arau ditahan malam tadi selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada kira-kira 6.25 petang semalam.

Ibu kanak-kanak itu yang berumur 28 tahun dan yang bekerja sebagai tukang cuci membuat laporan itu selepas anaknya menceritakan kejadian itu dengan mengatakan bahawa suspek yang di panggil ”abang” melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama