Pages

Sunday, October 16, 2011

Budak Lelaki 10 Tahun dan 14 Tahun Rogol Budak Perempuan 9 Tahun

Budak lelaki berusia 14 dan 10 tahun telah merogol seorang budak perempuan berusia 9 tahun di lorong belakang bangunan kedai di Jalan Memanda 5, Ampang. Hasilnya, ibu suspek menyerang ibu mangsa kerana dituduhnya membuat tuduhan palsu. HARIAN METRO menyiarkan sebuah berita yang benar-benar membuatkan kita meremang bulu tengkuk, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang remaja. Nampaknya, jenayah tidak lagi terhad kepada golongan mumaiyiz lagi, sebaliknya turut melibatkan kanak-kanak. Kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak semakin meningkat. Pendedahan yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal sekarang ini, menjadikan kanak-kanak sebagai pelaku jenayah yang cukup mudah. Apatah lagi dengan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan mencari duit bagi memastikan mereka tidak kelaparan dan segala bil tidak berbayar memandangkan desakan hidup menjadi tidak tentu hala kerana tekanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

No comments:

Post a Comment