Pages

Sunday, September 25, 2011

Budak 13 Tahun Eksperimen Seks

HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain pondok-pondok bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

Ketika bermain, budak lelaki terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya, katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit. Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Saturday, September 24, 2011

Budak Lelaki 8 Tahun Dibogelkan Untuk Diliwat

KAJANG: Kepantasan seorang bapa menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun daripada menjadi mangsa nafsu songsang seorang lelaki yang cuba meliwat anaknya itu dalam tandas sebuah surau di Seksyen 8, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun terkejut dimaklumkan rakan anaknya seorang lelaki tidak dikenali menarik tangan kanak-kanak itu masuk ke tandas surau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik menerima aduan itu, bapa mangsa bersama adik iparnya bergegas ke surau berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan sebenar.

Katanya, sebaik tiba, bapa mangsa terdengar suara kanak-kanak menangis sebelum mencari arah punca suara tangisan itu.

“Ketika bapa mangsa menghampiri tandas, dia mengesyaki tangisan kanak-kanak di dalam tandas berkenaan adalah suara anaknya.

“Lebih membimbangkan pintu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan usaha bapa mangsa untuk membuka pintu berkenaan gagal,” katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang perkara buruk berlaku kepada anaknya, tanpa berfikir panjang bapa mangsa nekad menendang pintu tandas berkenaan beberapa kali sehingga terbuka.

Katanya, sebaik pintu tandas berkenaan terbuka, bapa mangsa terkejut sejurus mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali dan anaknya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Sejurus pintu dibuka, anak mangsa menangis ketakutan kerana terkejut dengan perbuatan lelaki berkenaan yang cuba meliwatnya.

“Terkejut perbuatannya diketahui bapa mangsa, suspek nekad melarikan diri dan berlaku pergelutan antara suspek dan bapa mangsa sebelum dia dicekup,” katanya.

Bapa mangsa terus menghubungi polis sebelum sebuah kereta peronda tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman empat hari dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana cubaan meliwat.

Friday, September 9, 2011

Anak Yatim Diliwat Rakan Sebaya di Atas Siling dan Tandas

Seorang anak yatim berusia 11 tahun mendakwa diliwat oleh rakan sebayanya di atas siling dan tandas sebuah rumah kebajikan, di sini, baru-baru ini. Selain menjadi mangsa liwat, anak yatim lelaki terbabit turut mendakwa diugut supaya tidak menghebohkan perkara itu. Berikutan kejadian itu, ibu kepada mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, Ahad lalu.

Menurut mangsa, kali pertama dia diliwat oleh rakannya di atas siling asrama setelah dipaksa naik ke tempat itu. “Siling bilik asrama itu dipecahkan. Saya dipaksa naik ke atas ketika rakan-rakan lain menonton televisyen. “Kejadian kedua pula berlaku semasa saya membasuh pakaian di bilik air. Kawan saya itu memanggil masuk ke dalam tandas dan memaksa saya menanggalkan seluar.

“Dia juga mengugut supaya saya tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. Ibu mangsa berkata, dia mendapat tahu kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya semasa melawatnya di sekolah Ahad lalu. “Saya terkejut apabila anak saya mengaku diliwat oleh rakan asramanya sambil menangis. Dia juga memberitahu saya bahawa dia tidak mahu pulang semula ke asrama anak yatim terbabit kerana takut,” katanya.

Berikutan itu, dia telah menghantar anaknya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menjalani pemeriksaan. Sementara itu, Pengarah HSAH, Dr. Harif Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa kini ditempatkan di wad khas dan berada bawah penjagaan rapi. “Pihak kita menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Selepas selesai pemeriksaan, kita akan serahkan kanak-kanak itu kepada Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Cheang ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu. Katanya, suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan perhubungan seks yang bertentangan dengan aturan tabie.