Pages

Friday, January 14, 2011

Liwat 96 Orang Budak Lelaki Dalam Dua Tahun

 JAKARTA: Seorang penjual mainan semalam mengaku memperkosa sekurang-kurangnya 96 budak lelaki.

Penyiasat, Reynold Hutagalung berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Jakarta minggu lalu selepas ibu bapa seorang mangsanya membuat laporan polis.

Mangsa berusia belasan tahun itu berkata, dia diculik oleh lelaki berkenaan dan ditahan selama 45 hari.Sepanjang tempoh itu, dia diliwat berulang kali dan dipaksa melakukan aksi seks pada beberapa lelaki lain.

Penjual barang mainan itu mengaku meliwat sekurang-kurangnya 96 budak lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun sepanjang dua tahun lalu, kebanyakannya kanak-kanak jalanan yang diambilnya di stesen kereta api, kata Reynold.

“Dia menyimpan senarai dan butiran setiap mangsanya, termasuk nama 16 daripada mereka,” katanya.

 Menurut Reynold, tertuduh, bapa empat anak, juga adalah mangsa pencabulan ketika zaman kanak-kanaknya.