Pages

Sunday, February 6, 2011

Anak Lelaki Didera Dan Diliwat

PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.

Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Januari lalu kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

Beliau berkata, ibu berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

dan berita susulannya..

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki meliwat anak tunggal lelaki mereka yang berusia lima bulan akan dirujuk kepada pakar psikiatri dalam waktu terdekat. Langkah tersebut bertujuan bagi menentukan tahap kesihatan mental kedua-dua suspek.

Dalam kejadian 31 Januari lalu, bayi itu disahkan meninggal dunia sejurus selepas dibawa oleh pasangan terbabit untuk mendapatkan rawatandi Hospital Sungai Buloh di sini. Siasatan mendapati, mangsa mempunyai kesan-kesan kecederaan di bahagian duburnya dan ia dipercayai adalah kesan liwat.

Berikutan itu, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut. Pasangan itu ditahan sehari selepas kejadian, iaitu 1 Februari lalu selepas majlis pengkebumian anaknya di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh di sini.

No comments:

Post a Comment