Pages

Thursday, August 16, 2012

Dua Remaja Lelaki Bernafsu Songsang Dicekup Pada Bulan Ramadhan

PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. – sinarharian

Budak 9 Tahun Dirogol Di Tangga Sekolah

Budak 9 Tahun Dirogol Di Tangga Sekolah ALOR GAJAH - Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin. Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan. Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu. “Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang. “Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan. “Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya,” katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin. “Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher. “Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis,” katanya. Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian. “Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu lapo­ran polis sebelum sebarang tindakan diambil.

Pelajar dakwa kena rogol, diliwat rakan ketika ulang kaji pelajaran

Pelajar dakwa kena rogol, diliwat rakan
17/08/2012 - 02:48:30 AM
Remaja dicabul ketika ulang kaji pelajaran


KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dirogol dan diliwat dua rakan lelakinya serta diugut untuk dijual jika mendedahkan kejadian menimpanya di FELDA dekat Temerloh, antara Oktober hingga Disember tahun lalu.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa bersama seorang rakannya pergi ke rumah seorang daripada dua remaja lelaki terbabit kononnya untuk mengulangkaji pelajaran.

Kesempatan itu dikatakan diambil remaja lelaki berkenaan untuk mencabul mangsa dan berlarutan sehingga penghujung Disember.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata keadaan kemudian bertambah buruk apabila mangsa mendakwa dirogol seorang lagi rakan remaja terbabit.

“Suspek juga pergi ke rumah mangsa jam 3 pagi dan memaksa mangsa keluar dari rumah.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang juga anak sulung mendakwa dirogol sebelum dihantar pulang semula ke rumahnya.

“Mangsa yang trauma dan ketakutan akhirnya menceritakan kejadian menimpanya kepada rakan sekolah sebelum mengadu kepada seorang ustazah di sekolahnya yang kemudian menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Md Nor berkata, kejadian yang berlaku kepada mangsa akhirnya diketahui keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh, kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

“Susulan laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menahan dua suspek terbabit di rumah masing-masing kira-kira 12.30 tengah hari, semalam.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Kes Askar AS Diliwat Meningkat

Kes Askar AS Diliwat Meningkat
DIVISYEN Infantri ke-234 askar Amerika di Fort Riley, Kansas dalam pesawat menuju Afghanistan.
Hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika 'trauma seksual' tahun lalu

VIRGINIA: Lebih 100 askar lelaki dalam angkatan tentera Amerika Syarikat mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pada 2010 ketika bertugas.

Pada masa sama, Pentagon memberi amaran, angka mangsa gangguan seksual itu mungkin lebih tinggi kerana ada yang takut untuk membuat aduan.

Ramai askar tidak membuat aduan kerana tidak mahu orang ramai mengetahui identiti mereka sebagai mangsa peras ugut seksual.

Penganalisis berkata, lelaki yang melakukan serangan seksual mendakwa mereka memiliki kecenderungan seks biasa.

Awal tahun ini, Pentagon mengambil tindakan sambil lewa selepas menerima aduan sekumpulan veteran perang wanita bahawa mereka dirogol dan diperas ugut ketika bertugas.

Hampir seorang setiap lima askar wanita dalam angkatan bersenjata Amerika melaporkan pernah diganggu secara seksual manakala di kalangan askar lelaki, purata aduannya adalah seorang setiap 15 anggota.
Minggu lalu, akhbar Daily Mail memetik perangkaan Jabatan Hal-Ehwal Veteran yang mendedahkan, hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika mengalami ‘trauma seksual’ tahun lalu, berbanding 30,000 pada 2003.

Serangan seks oleh askar ke atas rakan setugas tidak diiktiraf sebagai kesalahan oleh Jabatan Pertahanan (Pentagon) hingga 1992 tetapi ia hanya membabitkan mangsa askar wanita.

“Satu daripada sebab seseorang itu melakukan serangan seksual supaya mangsa tidak melawan atau bertujuan memaksanya keluar dari situ,” kata Mic Hunter, pengarang buku Honor Betrayed: Sexual Abuse in America’s Military.

“Serangan seksual bukan bertujuan melakukan seks tetapi mengenai keganasan,” katanya lagi.

Hunter dan orang lain bersetuju bahawa dasar baru Washington menamatkan prinsip ‘jangan tanya, jangan beritahu’, boleh membantu tentera menangani isu serangan seksual.

“Saya tidak kata dasar baru akan menyebabkan keadaan lebih selamat tetapi mangsa lelaki mungkin tidak lagi keberatan melaporkan kejadian menimpa mereka,” kata Aaron Belkin, pengarah Palm Center, sebuah institut mengkaji golongan ‘gay’ dalam tentera.

Pentagon menyatakan, dalam tinjauan 2010, menunjukkan ramai lelaki tidak melaporkan serangan seksual kerana tidak mahu sesiapa tahu, yakin penyerang tidak akan dihukum atau takut kepada tindakan balas pihak bertanggungjawab. – Agen