Pages

Thursday, October 28, 2010

Remaja Rakan Video Liwat Kanak-kanak

Tiga remaja ditahan disyaki liwat kanak-kanak

PULAU PINANG 28 Okt. - Polis menahan tiga remaja berusia 13 tahun kelmarin, setelah disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah pangsa di Bukit Gambir di sini, Ogos lalu.

Penahanan itu ekoran satu laporan yang dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Jelutong, di sini kelmarin.

Kejadian tersebut terbongkar setelah keluarga mangsa menyaksikan satu rakaman klip video aksi seks luar tabii itu yang tersebar di kalangan remaja di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Klip video selama kira-kira 30 saat itu dipercayai dibuat di kawasan kaki lima sebuah rumah pangsa oleh salah seorang rakan remaja lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit milik seorang lagi rakannya.

Semua remaja itu yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C iaitu kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang dilakukan tanpa kerelaan, secara paksa atau dengan ugutan," katanya.

Friday, October 15, 2010

Remaja Liwat Budak 14 Tahun dan 9 Tahun Dipenjara 21 Tahun 11 Kali Sebatan

Remaja mengaku liwat dipenjara 21 tahun

GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011.

MM, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, MM didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu.

Pertuduhan ketiga, MM didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Gambir, Gelugor di sini dan didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010.

Berdasarkan pertuduhan kelima, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 337E yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun Nisa ketika membacakan keputusannya memutuskan tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermula hari ini.

Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail. - Sinar Harian