Pages

Wednesday, September 1, 2010

Budak Kena Liwat Di Belakang Surau

Tangisan seorang budak lelaki berusia 10 tahun membongkar kejadian dia diliwat oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh dibelakang surau di ladang kelapa sawit.Lelaki itu dikatakan datang kerumah kanak-kanak terbabit dan mengajak mangsa berjalan-jalan dan tanpa mengesyaki apa-apa ibunya membenarkan anaknya mengikuti lelaki tersebut dan kemudian anaknya pulang dalam keadaan bergenang airmata.

Setelah didesak ibunya mangsa memberitahu dia telah diliwat oleh lelaki terbabit.Lelaki itu telah ditahan polis setelah ibu mangsa membuat laporan polis dan mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu di belakng surau.- Harian Metro.
 

Buruh warga Bangladesh liwat budak

KUANTAN: Polis menahan seorang pekerja ladang warga Bangladesh, kelmarin selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di belakang sebuah surau, di ladang kelapa sawit Bukit Putri, Sungai Koyan, dekat Kuala Lipis, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, lelaki berusia 27 tahun yang sudah dua tahun bekerja di ladang berkenaan dikatakan datang ke rumah kanak-kanak terbabit dan mengajak mangsa berjalan-jalan.

Difahamkan, tanpa mengesyaki niat buruk, ibu mangsa berusia lingkungan 40-an mengizinkan anaknya itu mengikut lelaki terbabit sebelum mangsa pulang semula ke rumahnya kira-kira setengah jam kemudian dalam keadaan menangis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku kemudian mendesak anaknya menceritakan kejadian sebenar.

Siasatan awal mendapati, ketika meliwat mangsa, kanak-kanak terbabit secara tiba-tiba meraung dan menangis kerana kesakitan sebelum lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah setengah jam kemudian, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber : Bharian.com.my