Pages

Thursday, May 1, 2008

Bapa Tiri Liwat Anak 10 Tahun

Bapa Tiri Liwat Anak Usia 10 Tahun
July 3rd, 2012

Nasib berbeza buat seorang bapa dua anak apabila dia dibebaskan daripada tuduhan merogol anak tirinya berusia 10 tahun, tetapi diarahkan membela diri terhadap pertuduhan kedua iaitu meliwat mangsa di rumah mereka, dua tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya membebaskan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 52 tahun itu daripada pertuduhan pertama selepas berpuas hati pihak pendakwaan dalam kes itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Slamat dalam penghakiman berkata, keterangan pegawai perubatan cukup kuat dan membuktikan yang tertuduh tidak melakukan perbuatan itu kerana tiada kesan koyakan ditemui pada kemaluan mangsa.

Bagaimanapun, Slamat berkata, bagi pertuduhan kedua iaitu melakukan hubungan secara luar tabii, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di peringkat akhir kes pendakwaan. Mahkamah kemudian menetapkan 10 dan 11 Januari sebagai tarikh tertuduh untuk membela diri daripada tuduhan liwat itu. Pada prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Hisham Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol mangsa pada Mei 2008 hingga Jun 2009, jam 1.20 petang di sebuah rumah di kampung di Pelabuhan Klang, dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meliwat mangsa, pada awal petang, selepas kanak-kanak itu pulang dari sekolah antara Mei 2008 hingga 18 Jun 2009, di tempat sama. Bagi tuduhan rogol, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara untuk pertuduhan liwat, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 dan 11 Januari sebagai tarikh tertuduh untuk membela diri daripada tuduhan liwat itu.