Pages

Friday, February 18, 2000

Diliwat bapa saudara sejak berusia 9 tahun - kEHIDUPAN SONSANG

10 tahun hidup songsang

Feb 18, 2010
 
BACHOK: Ketika berusia sembilan tahun, saya disogok pelbagai hadiah menarik sebagai umpan oleh bapa saudara sebelum dia meliwat saya lebih 100 kali selama lima tahun menyebabkan diri ketagihan melakukannya selepas itu.

MENGAKU...Farid dakwa diliwat bapa saudara sejak berusia 9 tahun.

Pada masa sama, bapa saudara turut menjadikan saya sebagai hamba seks kepada rakan-rakannya termasuk perlu melayan mereka mengikut giliran kerana takut dipukul olehnya, dakwa Farid, 24, ketika menceritakan pengalaman menjadi sugar boy.

Bapa saudara Farid yang dikenali Jimi itu sudah meninggal dunia tahun lalu akibat Aids kerana menagih dadah serta seks bebas, turut memperoleh ribuan ringgit sebulan hasil menjual anak saudaranya itu.

Dengan pendapatan itu, Jimi membeli bekalan dadah selain turut membeli beberapa helai pakaian mahal kepada anak saudaranya sebagai hadiah dan umpan menutup rahsia berkenaan daripada terbongkar serta diketahui ibu bapa Farid. Pengakuan Farid itu dibuat di depan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (PMP), Zaimah Hussein sebaik mengetahui dirinya disahkan dijangkiti kuman HIV selepas bergelumang dunia maksiat yang menjijikkan itu selama 10 tahun.

Sumber : Harian Metro